CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 8 March 2012

Kelebihan orang yang banyak berdoa


DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”
Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas.
Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).
Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad.
Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah mengampuni mereka.
Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang sentiasa berkeliaran di jalan mencari ahli zikir, apabila mereka mendapati satu kaum yang berzikir mengingati Allah mereka memanggil temannya lalu mereka pun datang mengelilingi orang yang berzikir dengan membentangkan sayapnya ke langit dunia. Lalu mereka ditanya oleh Tuhannya, sedangkan Tuhan lebih mengetahui dari mereka: Apa yang diucapkan hamba-Ku? Mereka menjawab: Hamba-Mu menyucikan, membesarkan, memuji dan mengagungkan-Mu.
Allah bertanya: Adakah mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhan, mereka tidak melihat Mu. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Jika mereka melihat Mu nescaya mereka lebih banyak beribadah kepada Mu, mengagungkan Mu, dan bertasbih memuji Mu.
Allah bertanya: Apakah yang mereka minta kepada-Ku? Malaikat menjawab: Mereka meminta syurga kepada Mu. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhanku, mereka tidak pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka lebih tamak lagi terhadapnya, lebih kuat memintanya, dan keinginannya lebih besar padanya.
Allah bertanya: Dari apakah mereka berlindung? Malaikat menjawab: Mereka berlindung dari neraka. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat neraka itu? Malaikat menjawab: Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihatnya? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka pasti lebih menjauhkan diri daripadanya, dan pasti lebih takut dengannya.
Allah bertanya: Aku menyaksikan kepada Kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka. Ada malaikat berkata: Di kalangan mereka ada si fulan yang bukan dari golongan mereka, namun kedatangannya untuk sesuatu hajat keperluan. Allah berfirman: Mereka adalah kaum yang tidak celaka sesiapa yang duduk dalam majlisnya.”
Mengapa kita tidak memohon syurga kepada Allah, sedangkan Ibnu Abbas meriwayatkan daripada Nabi SAW sabdanya: “Allah menciptakan syurga dan menjuntaikan padanya buah-buahannya, dan mengalirkan padanya sungai-sungainya, kemudian memandang kepadanya lalu berfirman: Bercakaplah, lalu diapun berkata: Sungguh berjaya orang yang beriman. Lalu Allah berfirman: Demi keagungan Ku, engkau tidak akan dimasuki orang yang bakhil kedekut.”
Mengapa kita tidak meminta kepada Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga, sedangkan Rasulullah SAW pernah ditanya mengenainya, lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang masuk syurga akan hidup di dalamnya tidak akan mati, dikurniakan nikmat padanya tidak pernah terputus, tidak lusuh pakaiannya dan tidak hilang keremajaannya.

Tuesday, 6 March 2012

12 manfaat solat jemaah..

Assalamualaikum dan salam 1 ummah..topik kita hari nie ialah solat jemaah..kaum lelaki d wajibkn solat berjemaah d masjid..tp mgkn mereka mahupun kita semua tdk tahu kebaikkan solat jemaah..bg student  yg tinggal dkt asrama msti dh biasa solat jemaah tp kita anggap sbgai satu peraturan jer sbb klu xsmbhyg jemaah kena denda..so kita pegi dlm keadaan terpaksa..hope dgn apa yg saya nk kongsi nie dpt mengubah niat kita solat berjemaah kerana Allah bkn kerana terpaksa @ takut d denda..

kelebihan solat berjemaah @ isuhangat

1.terjalinnya kasih sayang antara sesama umat Islam. Kerana setiap kali berjumpa mahupun slps smbhyg kita akan bersalaman antara satu sama lain..secara xlangsung dpt myuburkn ksh syg antara kita semua.


2.terjadi perkenalan. Biasanya ada orang lain yang belum dikenali solat di bersama kita so kita akan bertanya siapakah orang yang sembahyang bersama kita ini? Maka dgn itulah kemudian terjadi saling kenal mengenali (ta’ruf).


3.menampakkan salah satu syiar Islam. Kerana solat termasuk salah satu syiar Islam yang terbesar. klu lah kita semua solat dkt rmh msg2 susah laa klu nk sebarkn maklumat/kongsi ilmu


4.menampakkan kewibawaan umat Islam, iaitu masa para jamaah masuk secara beriringan ke masjid dan keluar darinya secara bersama-sama..lgpon kita berbaris kemas mcm dlm prbarisan untk mnghadap Allah..

5.sbg pengajaran kpd orang yang jahil (belum tahu). sbb klu kita xtahu tata cara/lngkh2 yg betul masa solat kita dpt tgk/contohi pergerakkan imam sbg ketua..

6.melatih umat Islam untuk bersatu padu dan tidak berpecah belah. Kerana di dalamnya para makmum akan sentiasa bersatu mengikuti seorang imam. Sehingga apabila dilihat dengan pandangan yang lebih luas lagi akan dapat menjadi pelajaran bagi kita untuk bersatu di bawah kepemimpinan seorang imam sehingga umat ini tidak akan berselisih dan bercerai berai.

7.mengendalikan diri. Kerana apabila orang sudah terbiasa untuk terus menerus mengikuti imam secara detail, “Jika imam bertakbir, maka iapun takbir, “tidak berlengah-lengah, tidak mendahului dan juga tidak berterabur tetapi menuruti, maka dengan cara ini seorang insan tentu akan terlatih untuk bisa mengendalikan diri

8.kaum muslimin akan merasakan bahawa mereka adalah seolah-olah dalam satu barisan mujahid di medan jihad. Allah ta’ala berirman yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Allah dengan bershaf-saf.” (QS. ash-Saff [61]: 

9.munculnya rasa persamaan di antara kaum muslimin. Kerana ketika itu orang yang kaya dan miskin bersatu, pemimpin dan rakyat bersatu, tua muda berkumpul, sehingga mereka akan merasakan kesamarataan. Oleh kerana itu Nabi SAW bersabda ketika meluruskan saf “Janganlah kamu berselisih (tidak lurus dan tidak rapat shafnya), kerana itu akan membuat hati-hati kalian berselisih.” (HR. Muslim) 

10.boleh mengetahui keadaan saudaranya yang mungkin sakit sehingga tidak hadir solat jama’ah, kemudian menjenguknya, dll. Atau apabila saudaranya sedang kesusahan maka boleh dibantu. Allahu akbar, indah sekali syariat Islam ini!!

11. berkumpul untuk beribadah kepada Allah.
Apabila orang ramai boleh berkumpul di stadium untuk menyaksikan permainan bola sepak, bahkan jumlah mereka itu boleh mencapai berpuluh ribu orang . Maka sesungguhnya mereka itu berkumpul untuk permainan yang bersifat lagho kerana ramai yang tertinggal solat alangkah indahnya jika kita beramai-ramai memenuhkan masjid juga, dapat beratus-ratus pun dah dikira gempak!
Betapa ramai orang boleh ‘berjemaah’ untuk menonton bola sepak, betapa ramai orang boleh berkumpul untuk kempen pilihanraya sampai-sampai jalan jadi jem, , betapa ramai orang boleh berkumpul untuk melihat pameran komputer , betapa ramai orang boleh berkumpul untuk konsert, AJL dan AIM tetapi untuk solat jamaah, untuk belajar di majlis ilmu, dll kenapa tidak boleh sebagaimana ketika berkumpul di stadium, di mall-mall,dewan pameran dan lain-lain?
12. generasi akhir umat ini akan merasa terikat dengan generasi awalnya. Iaitu ketika mereka menjadi makmum sebagaimana dahulu para sahabat juga menjadi makmum. Salah satu dari mereka menjadi imam, sebagaimana dahulu Rasulullah SAW juga menjadi imam bagi para sahabat radhiyallahu’anhum. Sehingga masing-masing akan merasakan bahawa mereka sedang meneladani insan-insan yang mulia. Dengan demikian nescaya muncul dorongan yang sangat kuat bagi umat Islam sekarang ini untuk mengikuti generasi Salaf dan tingkah laku mereka.


Muallaf Pun Pandai Tutup Aurat Dengan Sempurna..


Kisah Mualaf
Muallaf Pun Pandai Tutup Aurat Dengan Sempurna… Mereka Peluk Islam Sebab Nak Jadi Penganut Islam Sejati Sedangkan Kita Yang Nyata-Nyata Islam Tak Menghargai Ajaran Yang Dibawa Oleh Nabi Kita… Sama-Sama Kita Renungkan Kisah Ini…
Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.
Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Wednesday, 29 February 2012

nie nk share citer2 yg best kat tv..

Assalamualaikum dan salam 1 ummah..kali nie saya nak share antara citer2 yg best dkt tv..


citer tanah kubur pada hari jumaat klu xsalah dkt astro oasis..citer nie menunjukkan balasan Allah kepada hambaNYA yg melakukan kslhn..ada antara balasan yg d tunjukkan sblm meninggal @ di saat menghembuskn nafas terakhir..namun ada juga balasan yg d terima ketika kita di dalam kubur..kita semua hanya manusia yg lemah dan lalai..kadangkala kita melakukan kesalahan dlm hidup namun kita d beri peluang tuk bertaubat selagi masih bernyawa kerana kita tdk dpt kembali ke dunia tuk bertaubat ketika kita sudah meninggal..



cerita antara garisan ini di siarkan pd hari isnin jam 9 mlm d astro ria..antara garisan bermaksud mgkn hari ini kita berada d pihak yg baek namun tdk mustahil kita boleh berubah ke pihak yg kurang baek..kadangkala kita merasa diri kita baek,alim dan sempurna sehingga kita menghina,menghukum org yg berada d pihak yg tdk baek..namun d sebalik segalanya kita tdk nampak yg diri kita juga melakukan kesalahan dlm hidup..mgkn org yg kita hina berubah menjadi baek dan kita menjadi semakin terpesong..


cerita nie pkl 10mlm d tv hijrah..mmg best ustz don nie..segala penerangan dye jelas dan dpt d terima semua pihak..banyak sebenarnya ilmu yg kita tdk tahu,oleh itu tuntutlah ilmu sehingga hujung nyawa..

kesempurnaan bukan lah segalanya..

Assalamualaikum dan salam 1 ummah..dekat sini saya nk kongsi satu video sedih yg memberi kita bayak iktibar..kadangkala kita tdk bersyukur,lupa dgn sgala nikmat yg d berikan kpd kita..tp bagi org yg kurang sempurna mereka sgt  menghargai setiap nikmat yg mereka peroleh..video ini juga mengisahkan pengorbanan seorang bapa tuk besarkn anaknya wlupon serba kekurangan..malangnya si anak tdk dpt menerima kekurangan ayahnya itu..mungkinkah kita sama sahaja dgn bdk perempuan dlm video nie..smoga kita sntiasa menghargai setiap yg di berikan..sekian..8)


Thursday, 23 February 2012

solat VS handphone

 




Assalamualaikum & salam 1 ummah..selesai baca yassin pd mlm jumaat ini terlintas 1 perbandingan dlm fikiran saya..alhamdulillah saya d beri peluang oleh Ilahi untuk berkongsi ilmu dgn kwn2 smua..knapa erk tajuk saya kali ini solat vs handphone..??dkat sini saya ingin tunjukkn kpd kwn2 smua kepentingan solat kpd kita especially remaja..

nowadays,kita semua ada handphone msg2 kn..klu xda handphone xcool laa..tp knapa klu kita xsolat hari nie kita still di anggap cool..bg kita remaja handphone sgt2 penting & akan sentiasa d bawa ke mana jua kita pegi termasuk tyme nk tido msti ltak sebelah bantal..tp knapa kita pnah xanggap solat penting mcm mn penting nyer handphone di sisi kita..

kredit @ top up


kita selalu dail *124# & *122* tuk check kredit handphone kn..klu kredit agak2 dh tinggal sikit kita akan cepat2 top up,btul x ?? tp knapa bila kita trasa diri kita dh lama xsolat kita xpnah cepat2 nk bertaubat..kita sanggup habis kn duet (wlupon duet mak ayah) tuk top up,tp kita sgt kedekut duet tuk beli kopiah / telekung tuk solat..asyik pakai telekung yg lama @ buruk bila nk solat..padahal masa solat la kita paling dkat dgn Allah..


call


knapa saya tulis call sbb handphone hubungkn kita sesama manusia,manakala solat pula menghubungkn antara manusia & sang pencipta..bila org call kita msti cpat2 jwbkn..siap ada  nada dering yg entah apa2 tah..tapi bila Allah call panggil kita solat hanya ada satu jer nada dering iaitu azan..tp bila kita dgr azan xpon cepat2 jawab call (solat)..blh buat  rilex jer tgk tv..


accessories


klu dekat handphone kn msti kita letak accessories spt key chain,cover & mcm2 lg laa..smuanya sbb nk bg nmpk cantik..tp tyme kita solat xpnah pon nk tambah accessories spt zikir,baca al -quran bg nampak cantik dpn Allah..habis smbhyg jer cepat2 kmas..org yg xberdoa slps selesai solat ibarat sombong dgn Allah..sedangkn apa yg kita ada trmasuk nyawa pon smuanya milik Allah yg d pinjamkn sementara & boleh d ambil bila2 masa saja..


renungkan lah wahai remaja harapan agama..maaf andai coretan saya ini mengguris hati mana2 pihak..trima ksh sbb sudi membaca..8)

seronok ker berCOUPLE ???

Assalamualaikum w.b.t..kwn2 yg sayang hormati,hari nie kita akan kongsi soal cinta..cinta sinonim dgn remaja iaitu kita..istilah laen bg bercinta ialah COUPLE..wlupon saya xpernah bercinta dgn manusia tp apa yg saya tahu ialah bercinta ialah salah satu nikmat di dunia..org kata bila bercinta semua xkna..

makan xkenyang

mandi xbasah

tido xlena

dan mcm2 lg laa..cinta itu buta,sbb tu org sanggup buat apa pon tuk kejar cinta..sanggup lari dari rumah,sanggup melawan ckp mak ayah,sanggup jual kehormatan diri...kesan drpd semua ini,lahirnya bayi yg xbersalah yg d buang merata-rata..

couple itu haram..bkn saya saja ckp sbb saya xada couple tp ada sebabnya..

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”


“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..



1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)
yg haram tetap haram…