CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 29 February 2012

nie nk share citer2 yg best kat tv..

Assalamualaikum dan salam 1 ummah..kali nie saya nak share antara citer2 yg best dkt tv..


citer tanah kubur pada hari jumaat klu xsalah dkt astro oasis..citer nie menunjukkan balasan Allah kepada hambaNYA yg melakukan kslhn..ada antara balasan yg d tunjukkan sblm meninggal @ di saat menghembuskn nafas terakhir..namun ada juga balasan yg d terima ketika kita di dalam kubur..kita semua hanya manusia yg lemah dan lalai..kadangkala kita melakukan kesalahan dlm hidup namun kita d beri peluang tuk bertaubat selagi masih bernyawa kerana kita tdk dpt kembali ke dunia tuk bertaubat ketika kita sudah meninggal..



cerita antara garisan ini di siarkan pd hari isnin jam 9 mlm d astro ria..antara garisan bermaksud mgkn hari ini kita berada d pihak yg baek namun tdk mustahil kita boleh berubah ke pihak yg kurang baek..kadangkala kita merasa diri kita baek,alim dan sempurna sehingga kita menghina,menghukum org yg berada d pihak yg tdk baek..namun d sebalik segalanya kita tdk nampak yg diri kita juga melakukan kesalahan dlm hidup..mgkn org yg kita hina berubah menjadi baek dan kita menjadi semakin terpesong..


cerita nie pkl 10mlm d tv hijrah..mmg best ustz don nie..segala penerangan dye jelas dan dpt d terima semua pihak..banyak sebenarnya ilmu yg kita tdk tahu,oleh itu tuntutlah ilmu sehingga hujung nyawa..

kesempurnaan bukan lah segalanya..

Assalamualaikum dan salam 1 ummah..dekat sini saya nk kongsi satu video sedih yg memberi kita bayak iktibar..kadangkala kita tdk bersyukur,lupa dgn sgala nikmat yg d berikan kpd kita..tp bagi org yg kurang sempurna mereka sgt  menghargai setiap nikmat yg mereka peroleh..video ini juga mengisahkan pengorbanan seorang bapa tuk besarkn anaknya wlupon serba kekurangan..malangnya si anak tdk dpt menerima kekurangan ayahnya itu..mungkinkah kita sama sahaja dgn bdk perempuan dlm video nie..smoga kita sntiasa menghargai setiap yg di berikan..sekian..8)


Thursday, 23 February 2012

solat VS handphone

 




Assalamualaikum & salam 1 ummah..selesai baca yassin pd mlm jumaat ini terlintas 1 perbandingan dlm fikiran saya..alhamdulillah saya d beri peluang oleh Ilahi untuk berkongsi ilmu dgn kwn2 smua..knapa erk tajuk saya kali ini solat vs handphone..??dkat sini saya ingin tunjukkn kpd kwn2 smua kepentingan solat kpd kita especially remaja..

nowadays,kita semua ada handphone msg2 kn..klu xda handphone xcool laa..tp knapa klu kita xsolat hari nie kita still di anggap cool..bg kita remaja handphone sgt2 penting & akan sentiasa d bawa ke mana jua kita pegi termasuk tyme nk tido msti ltak sebelah bantal..tp knapa kita pnah xanggap solat penting mcm mn penting nyer handphone di sisi kita..

kredit @ top up


kita selalu dail *124# & *122* tuk check kredit handphone kn..klu kredit agak2 dh tinggal sikit kita akan cepat2 top up,btul x ?? tp knapa bila kita trasa diri kita dh lama xsolat kita xpnah cepat2 nk bertaubat..kita sanggup habis kn duet (wlupon duet mak ayah) tuk top up,tp kita sgt kedekut duet tuk beli kopiah / telekung tuk solat..asyik pakai telekung yg lama @ buruk bila nk solat..padahal masa solat la kita paling dkat dgn Allah..


call


knapa saya tulis call sbb handphone hubungkn kita sesama manusia,manakala solat pula menghubungkn antara manusia & sang pencipta..bila org call kita msti cpat2 jwbkn..siap ada  nada dering yg entah apa2 tah..tapi bila Allah call panggil kita solat hanya ada satu jer nada dering iaitu azan..tp bila kita dgr azan xpon cepat2 jawab call (solat)..blh buat  rilex jer tgk tv..


accessories


klu dekat handphone kn msti kita letak accessories spt key chain,cover & mcm2 lg laa..smuanya sbb nk bg nmpk cantik..tp tyme kita solat xpnah pon nk tambah accessories spt zikir,baca al -quran bg nampak cantik dpn Allah..habis smbhyg jer cepat2 kmas..org yg xberdoa slps selesai solat ibarat sombong dgn Allah..sedangkn apa yg kita ada trmasuk nyawa pon smuanya milik Allah yg d pinjamkn sementara & boleh d ambil bila2 masa saja..


renungkan lah wahai remaja harapan agama..maaf andai coretan saya ini mengguris hati mana2 pihak..trima ksh sbb sudi membaca..8)

seronok ker berCOUPLE ???

Assalamualaikum w.b.t..kwn2 yg sayang hormati,hari nie kita akan kongsi soal cinta..cinta sinonim dgn remaja iaitu kita..istilah laen bg bercinta ialah COUPLE..wlupon saya xpernah bercinta dgn manusia tp apa yg saya tahu ialah bercinta ialah salah satu nikmat di dunia..org kata bila bercinta semua xkna..

makan xkenyang

mandi xbasah

tido xlena

dan mcm2 lg laa..cinta itu buta,sbb tu org sanggup buat apa pon tuk kejar cinta..sanggup lari dari rumah,sanggup melawan ckp mak ayah,sanggup jual kehormatan diri...kesan drpd semua ini,lahirnya bayi yg xbersalah yg d buang merata-rata..

couple itu haram..bkn saya saja ckp sbb saya xada couple tp ada sebabnya..

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”


“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..



1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)
yg haram tetap haram…

Wednesday, 22 February 2012

11 golongan yang CELAKA..

Assalamualaikum kepada kwn-kwn yang setia membaca ini..hari nie saya nak citer tentang pembahgian manusia di akhirat kelak..saya pasti kita semua akan mengalami pembahgian ini sebab setiap yang hidup pasti akan mati..
 Muaz bin Jabal bertanya,"Ya Rasulullah,apa maksudnya ayat ini"?

 " Iaitu hari(yang pada waktu itu) di tiup sangkala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." (An-Naba':18)

 Sebelum menjawab soalan itu Rasulullah menangis..
 " Ya Muaz,umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan.11 golongan akan masuk neraka dan hanya 1 golongan yang akan masuk syurga.

1.Mereka yg tdk mempunyai kaki & tangan..
 ini kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga. 

2.Mereka yg menyerupai babi..
 ini balasan bg org yg suka melengah-lengahkn solat lima waktu.

 3.Mereka yg perutnya besar seperti gunung & d penuhi dgn ular & kala..
 ini balasan bg mereka yg enggan mengeluarkn zakat

 4.Mereka yg kluar darah dari mulutnya..
 ini balasan mereka yg berdusta

 5.Mereka yg berbau busuk seluruh bdn..
 ini balasan bg mereka yg megaut keuntungan dlm jual beli atas penipuan

 6.Mereka yg d cincang2 pd tengkuk & bahu..
 balasan mereka yg menyaksikan maksiat @ prbuatan jahat 

7.Mereka yg kluar dgn tdk berlidah & kluar nanah & darah dari mulut..
 balasan bagi mereka yg tdk mahu menyaksikan kebenaran.

 8.Mereka yg kluar dlm keadaan trbalik..kpala d bwh,kakinya d atas
 balasan bg yg berzina serta mati sblm bertaubat

 9.Mereka yg berwajah hitam,mata biru,perut penuh dgn api..
 nie balasan mereka yg mkn harta anak yatim secara zalim

 10.Mereka kulitnya pnuh kudis & pnyakit2 yg jijik..
 ini balasan mereka yg berani melawan ibu bapa 

11.Mereka yg buta mata & hati,gigi spt tanduk,bibir brjuntai hingga perut,dari perut & peha kluar kotoran.. ini balasan mereka yg minum minuman keras..

renung-renungkan & selamat beramal..smoga kita tdk tergolong dlm 11 golongan yg celaka ini..

Wednesday, 15 February 2012

8 sebab mengapa perempuan lebih baik bertudung




1) Tuntutan agama
 
- Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
 
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa
 
-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

3) Lebih pintar dan tenang
 
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir
 
- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis
 
-Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
 
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”
 
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati
 
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.

Tuesday, 14 February 2012

Tak Nak Valentine Day !!

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh.
Dengan nama Allah pencipta seluruh kejadian.
Valentine day?
Mendengar kepada perkataan Valentine di atas,sudah pastinya semua pembaca tahu tentang Hari Valentine, Hari pasangan kekasih yang disambut bagi membuktikan kasih sayang pada 14 Februari setiap tahun oleh orang barat yang kemudiannya menjadi ikutan orang Asia seterusnya disambut juga oleh orang Islam.
Pelik kan, katanya kita ini seorang Islam, tetapi kenapa kita meniru ajaran agama lain?
Hadis Rasulullah s.a.w:" Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu".
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :"Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi".
Nak ke kita menjadi orang yang rugi? Di dunia pun kita rugi kerana konon-kononnya "menghadiahkan" cinta dan kasih sayang kita kepada kekasih yang belum tentu akan menjadi pasangan kita hingga syurga. Inikan pula di akhirat?
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Valentine Day adalah Hari cinta atau hari nafsu??
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di bumi adalah baik. Tetapi ianya bukanlah  untuk seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula ia bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan      yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Malah  Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri".
Pada pendapat saya, cinta itu bukanlah hanya mengenai perasaan. Cinta itu adalah penghormatan, tanggungjawab, ambil berat dan menerima seadanya. Tetapi pada hari valentine itu, ramai remaja yang menyambut hari valentine bersama-sama sehingga menyebabkan keterlanjuran atau perlakuan sosial di luar batas. Dan pada pendapat saya, bila berkelakuan sedemikian, itu bukanlah cinta namanya tetapi nafsu.
Tak tahukah kita bila kita berdua-duaan itu akan ada pihak ketiga dan pihak ketiga itu adalah syaitan. Dan bila ada syaitan itu, dihasut-hasutnya kita supaya melakukan perkara yang dilarang Allah SWT. Dan bila kita melakukan perkara yang dilarang oleh Allah itu kita akan mendapat kesusahan dan juga dosa.
Oleh itu kepada para pembaca yang saya hormati sekalian,
Tak usahlah kita menyambut Hari Valentine yang kononnya diangkat sebagai Hari berkasih sayang itu. Lebih baik kita berkasih sayang dengan Tuhan kita yang satu,Allah SWT kerana Allah itu kan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. InsyaAllah jika mencintai Allah dan menyayangi seseorang kerana Allah, kita akan mendapat manfaat dan kebahagiaan.
Akhir sekali , Menurut kata-kata peguam Zulkifli Nordin "VALENTINE" itu adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 pula adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam adalah Zalim!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga kita Semua dapat mengambil pengajaran. Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol?

Sekian.

Ini cerita saya..

Assalamualaikum dan salam satu ummah..Pada hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman sepanjang berada di asrama..Alhamdulillah,saya di beri ruang untuk menimba ilmu di MRSM Kepala Batas selama 5 tahun..terima kasih kepada barisan pendidikan yang tidak penah jemu mengajar saya erti kehidupan dan menjadikan saya seorang manusia yang berguna kepada agama,bangsa dan negara..saya sertakan video di bawah sebagai tonton dan di harapkan dapat memberi pengajaran kepada kita..insyaAllah...

F.A.C.E.B.O.O.K





Assalamualaikum w.b.t.Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini saya nak berkongsi pendapat mengenai FACEBOOK dan saya yakin sebahagian besar daripada kita hari sudah memiliki akaun peribadi facebook.Setiap perkara ada baik buruknya,samalah seperti facebook..Jika kita gunakan dengan baik maka hasilnya akan jadi baik tapi jika kita salah gunakan maka ianya akan memakan diri..Sesetengah daripada kita menggunakan facebook untuk mencari kawan2 & guru2 yang telah lama terpisah..ada yang gunakan facebook untuk menyampaikan maklumat,berita dan adakalanya berkongsi ilmu..di sebalik kebaikan facebook,remaja hari ini telah menyalahgunakan nya..video di bawah sekadar renungan kita bersama.






Marilah sama2 kita bermuhasabah diri dan berusaha perbaiki diri ke arah kebaikan insyaALLAH..saya ingin memohon maaf di atas segala kesalahan dan kekurangan
sepanjang menulis blog ini...

Sunday, 12 February 2012

rugi ker kalau kita senyum ???







Segala pujii bagi ALLLAH tuhan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan pencipta yang berkuasa keatas segala-galanya sama ada di bumi dan di langit,dan dan juga penguasa sekelian alam.

Susah sangat ker nak senyum?? Senyum jer..Bukannya sekali kita senyum sekali tu juga duit kita hilang.
Bila saya cakap pasal senyum mesti ada orang kata ,’takkan nak senyum setiap masa?’..Saya galakkan senyum tu bukannya untuk setiap masa kita; kena senyum tapi kena lihat juga tempat dan situasi. Kalau nak senyum jer nanti apa pula orang lain cakap..GILA KE BUDAK NI??

Saya nak bicarakan pasal ni sebab Junjungan besar kita sentiasa senyum…Dan senyum baginda itu ada lah satu sunnah yang kita boleh ikut dan kita dapat pahala lagi. Seperti firman ALLAH
“sesungguhnya telah ada pada diri RasulluLLAH itu suri tauladan yang baik bagi kalian(iaitu)bagi orang-orang yang mengharap(rahmat)ALLAH dan (kedatangan)hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH” (al-ahzab:21).

Selain dari itu, senyum juga menzahirkan kita ini umat yang cukup mesra,lembut ,toleransi dan beradab. Bila orang lain tengok pun senang hati..Kenapa nak berkerut saja,tak elok sangat kita asyik nak berkeras sebab nanti muka tu cepat tua dari usia yang sebenar dan kawan pun susah nak dapat...Sebab ALLAH telah berfirman
“sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”(ali-imran:159)

Ada banyak faedah yang kita boleh dapat dari kafiat senyum ni,dan terdapat banyak hadis mengenai RasulluLLAH senyum antaranya :

1. Daripada Umar bin Al-Khatab R.A dia berkata.. “RasulluLLAH SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)

Dan banyak lagi hadis mengenai senyuman RasulluLLAH dan takkan la saya nak masukkan semua hadis-hadis tersebut,nanti dah jadi macam pengajian hadis pula.Cukuplah sekadar hadis-hadis ini ditunjukkan agar dapat mengukuhkan bahawa baginda memang suka senyum ..Namun disini saya nak bangkitkan dan tegaskan bahawa RasulluLLAH hanya senyum bukannya ketawa terbahak-bahak,kerana ketawa terbahak-bahak akan mengeraskan hati(bukanlah hati kita ni keras tapi maksudnya hati kita susah nak menerima sesuatu terutamanya pelajaran). Ini selari dengan apa yang RasulluLLAH katakan .Seperti mana yang Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Al-Dabul Mu Frad dan Ibnu Majah daripada Abu hurairah secara Marfu’: “Janganlah kalian banyak tertawa,kerana banyak tertawa itu mematikan hati.”.

Inginkah anda didalam keadaan dimana semua orang bengis mukanya dan tiada secalit senyuman pun dibibir mereka?? Mesti kalut dan menggerunkan..(senyum)..Tiada keseronokan dan kedamaian dalam keadaan begitu bukan..Maka senyumlah..Senyumlah walau kita berada dalam kesusahan,kerana apabila kita dalam kesusahan kemudian kita senyum ia dapat mengurangkan tekanan dalam diri kita..

Senyum dalam kesusahan………. Kenapa pula susah,sedangkan RasulluLLAH boleh buat,mari saya buktikan dengan satu dalil.-

Diriawayatkan bahawa pada suatu hari Uyainah bin Hisn memasuki tempat RasulluLLAH SAW.Sementara dia termasuk dikalangan bangsa Arab yang beperangai kasar ,ketika Uyainah sudah sampai di hadapan baginda,maka baginda tersenyum kepadanya.Masalah ini telah disebutkan Aisyah RA.: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan baginda Nabi.Ketika baginda melihat orang itu dari jauh ,maka beliau bersabda, “Dia adalah seburuk-buruk saudara dalam kerabat dan anak dalam kerabat”.Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk,baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.**.

Ketika orang itu sudah pergi ,Aisyah berkata kepada baginda: “Wahai RasulluLLAH ketika melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu.Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati.”..Kemudia baginda bersabda “Wahai Aisyah,bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?.” (diriwayatkan Al-Bukhari)

Oleh itu saya berseru kepada sahabat semua orang khususnya umat Islam,MARILAH KITA KEMBALIKAN SUNNAH RASULLULLAH IAITU SENYUM YANG SUDAH LAMA HILANG DIWAJAH KITA..


9 sebab hati xtenteram


Hati yang tidak tenteram berpunca dengan adanya segumpal sifat-sifat mazmummah. Antara sifat-sifat mazmummah yang menghilangkan ketenangan di hati ialah :-

1) Cinta Dunia

Cinta kepada hal-hal duniawi merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah hal-hal ukhrawi (akhirat) itu sebagai pegangan teguh selamanya dan hal-hal duniawi sebagai pentas sementara. Bila mati cuma ada amalan, doa anak yang soleh atau solehah dan harta yang disedekahkan mengiringi kita di sana.


2) Tamak

Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Mereka yang tidak pernah puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Orang yang tamak selalu rugi

3) Kedekut

Sentiasa melihat orang lain mahu menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Sentiasa mengelak dari menderma dan berdalih dengan mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk

4) Riak

Allah tidak menyukai akan sifat riak, takabbur dengan apa yang kita ada. Mereka tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika dia dipuji, dia akan gembira dan bermegah serta menjadi rajin bekerja tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan kerjanya.

5) Pemarah 

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati senantiasa tidak tenang. Orang seperti ini sukar untuk memberi nasihat kerana dirinya juga tidak dapat menerima teguran.

6) Ego

Senantiasa merasakan dirinya sahaja yang betul. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Mereka tidak akan mengalah sekali-kali, jadi mereka senantiasa akan berada dalam keadaan tidak tenang dan tenteram hatinya

7) Pendendam

Perasaan yang membuku dan mengelapkan hati terhadap seseorang oleh kerana dia pernah melukakan atau malakukan kesalahan kepadanya ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meletuskan laharnya iaini membalas dendam kepada orang yang didendami itu.



8) Hasad Dengki

Mereka senantiasa berasa iri hati dan berhasad dengki kerana tidak mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain.

9) Tidak Sabar


Tidak boleh menunggu dan sentiasa mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa berfikir panjang sehingga kadang kalanya menyusahkan orang lain.