CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 6 March 2012

12 manfaat solat jemaah..

Assalamualaikum dan salam 1 ummah..topik kita hari nie ialah solat jemaah..kaum lelaki d wajibkn solat berjemaah d masjid..tp mgkn mereka mahupun kita semua tdk tahu kebaikkan solat jemaah..bg student  yg tinggal dkt asrama msti dh biasa solat jemaah tp kita anggap sbgai satu peraturan jer sbb klu xsmbhyg jemaah kena denda..so kita pegi dlm keadaan terpaksa..hope dgn apa yg saya nk kongsi nie dpt mengubah niat kita solat berjemaah kerana Allah bkn kerana terpaksa @ takut d denda..

kelebihan solat berjemaah @ isuhangat

1.terjalinnya kasih sayang antara sesama umat Islam. Kerana setiap kali berjumpa mahupun slps smbhyg kita akan bersalaman antara satu sama lain..secara xlangsung dpt myuburkn ksh syg antara kita semua.


2.terjadi perkenalan. Biasanya ada orang lain yang belum dikenali solat di bersama kita so kita akan bertanya siapakah orang yang sembahyang bersama kita ini? Maka dgn itulah kemudian terjadi saling kenal mengenali (ta’ruf).


3.menampakkan salah satu syiar Islam. Kerana solat termasuk salah satu syiar Islam yang terbesar. klu lah kita semua solat dkt rmh msg2 susah laa klu nk sebarkn maklumat/kongsi ilmu


4.menampakkan kewibawaan umat Islam, iaitu masa para jamaah masuk secara beriringan ke masjid dan keluar darinya secara bersama-sama..lgpon kita berbaris kemas mcm dlm prbarisan untk mnghadap Allah..

5.sbg pengajaran kpd orang yang jahil (belum tahu). sbb klu kita xtahu tata cara/lngkh2 yg betul masa solat kita dpt tgk/contohi pergerakkan imam sbg ketua..

6.melatih umat Islam untuk bersatu padu dan tidak berpecah belah. Kerana di dalamnya para makmum akan sentiasa bersatu mengikuti seorang imam. Sehingga apabila dilihat dengan pandangan yang lebih luas lagi akan dapat menjadi pelajaran bagi kita untuk bersatu di bawah kepemimpinan seorang imam sehingga umat ini tidak akan berselisih dan bercerai berai.

7.mengendalikan diri. Kerana apabila orang sudah terbiasa untuk terus menerus mengikuti imam secara detail, “Jika imam bertakbir, maka iapun takbir, “tidak berlengah-lengah, tidak mendahului dan juga tidak berterabur tetapi menuruti, maka dengan cara ini seorang insan tentu akan terlatih untuk bisa mengendalikan diri

8.kaum muslimin akan merasakan bahawa mereka adalah seolah-olah dalam satu barisan mujahid di medan jihad. Allah ta’ala berirman yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Allah dengan bershaf-saf.” (QS. ash-Saff [61]: 

9.munculnya rasa persamaan di antara kaum muslimin. Kerana ketika itu orang yang kaya dan miskin bersatu, pemimpin dan rakyat bersatu, tua muda berkumpul, sehingga mereka akan merasakan kesamarataan. Oleh kerana itu Nabi SAW bersabda ketika meluruskan saf “Janganlah kamu berselisih (tidak lurus dan tidak rapat shafnya), kerana itu akan membuat hati-hati kalian berselisih.” (HR. Muslim) 

10.boleh mengetahui keadaan saudaranya yang mungkin sakit sehingga tidak hadir solat jama’ah, kemudian menjenguknya, dll. Atau apabila saudaranya sedang kesusahan maka boleh dibantu. Allahu akbar, indah sekali syariat Islam ini!!

11. berkumpul untuk beribadah kepada Allah.
Apabila orang ramai boleh berkumpul di stadium untuk menyaksikan permainan bola sepak, bahkan jumlah mereka itu boleh mencapai berpuluh ribu orang . Maka sesungguhnya mereka itu berkumpul untuk permainan yang bersifat lagho kerana ramai yang tertinggal solat alangkah indahnya jika kita beramai-ramai memenuhkan masjid juga, dapat beratus-ratus pun dah dikira gempak!
Betapa ramai orang boleh ‘berjemaah’ untuk menonton bola sepak, betapa ramai orang boleh berkumpul untuk kempen pilihanraya sampai-sampai jalan jadi jem, , betapa ramai orang boleh berkumpul untuk melihat pameran komputer , betapa ramai orang boleh berkumpul untuk konsert, AJL dan AIM tetapi untuk solat jamaah, untuk belajar di majlis ilmu, dll kenapa tidak boleh sebagaimana ketika berkumpul di stadium, di mall-mall,dewan pameran dan lain-lain?
12. generasi akhir umat ini akan merasa terikat dengan generasi awalnya. Iaitu ketika mereka menjadi makmum sebagaimana dahulu para sahabat juga menjadi makmum. Salah satu dari mereka menjadi imam, sebagaimana dahulu Rasulullah SAW juga menjadi imam bagi para sahabat radhiyallahu’anhum. Sehingga masing-masing akan merasakan bahawa mereka sedang meneladani insan-insan yang mulia. Dengan demikian nescaya muncul dorongan yang sangat kuat bagi umat Islam sekarang ini untuk mengikuti generasi Salaf dan tingkah laku mereka.


0 comments: