Segala pujii bagi ALLLAH tuhan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan pencipta yang berkuasa keatas segala-galanya sama ada di bumi dan di langit,dan dan juga penguasa sekelian alam.
Susah sangat ker nak senyum?? Senyum jer..Bukannya sekali kita senyum sekali tu juga duit kita hilang.
Bila saya cakap pasal senyum mesti ada orang kata ,’takkan nak senyum setiap masa?’..Saya galakkan senyum tu bukannya untuk setiap masa kita; kena senyum tapi kena lihat juga tempat dan situasi. Kalau nak senyum jer nanti apa pula orang lain cakap..GILA KE BUDAK NI??
Saya nak bicarakan pasal ni sebab Junjungan besar kita sentiasa senyum…Dan senyum baginda itu ada lah satu sunnah yang kita boleh ikut dan kita dapat pahala lagi. Seperti firman ALLAH

“sesungguhnya telah ada pada diri RasulluLLAH itu suri tauladan yang baik bagi kalian(iaitu)bagi orang-orang yang mengharap(rahmat)ALLAH dan (kedatangan)hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH” (al-ahzab:21).
Selain dari itu, senyum juga menzahirkan kita ini umat yang cukup mesra,lembut ,toleransi dan beradab. Bila orang lain tengok pun senang hati..Kenapa nak berkerut saja,tak elok sangat kita asyik nak berkeras sebab nanti muka tu cepat tua dari usia yang sebenar dan kawan pun susah nak dapat...Sebab ALLAH telah berfirman
“sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”(ali-imran:159)
Ada banyak faedah yang kita boleh dapat dari kafiat senyum ni,dan terdapat banyak hadis mengenai RasulluLLAH senyum antaranya :
1. Daripada Umar bin Al-Khatab R.A dia berkata.. “RasulluLLAH SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)

Dan banyak lagi hadis mengenai senyuman RasulluLLAH dan takkan la saya nak masukkan semua hadis-hadis tersebut,nanti dah jadi macam pengajian hadis pula.Cukuplah sekadar hadis-hadis ini ditunjukkan agar dapat mengukuhkan bahawa baginda memang suka senyum ..Namun disini saya nak bangkitkan dan tegaskan bahawa RasulluLLAH hanya senyum bukannya ketawa terbahak-bahak,kerana ketawa terbahak-bahak akan mengeraskan hati(bukanlah hati kita ni keras tapi maksudnya hati kita susah nak menerima sesuatu terutamanya pelajaran). Ini selari dengan apa yang RasulluLLAH katakan .Seperti mana yang Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Al-Dabul Mu Frad dan Ibnu Majah daripada Abu hurairah secara Marfu’: “Janganlah kalian banyak tertawa,kerana banyak tertawa itu mematikan hati.”.
Inginkah anda didalam keadaan dimana semua orang bengis mukanya dan tiada secalit senyuman pun dibibir mereka?? Mesti kalut dan menggerunkan..(senyum)..Tiada keseronokan dan kedamaian dalam keadaan begitu bukan..Maka senyumlah..Senyumlah walau kita berada dalam kesusahan,kerana apabila kita dalam kesusahan kemudian kita senyum ia dapat mengurangkan tekanan dalam diri kita..
Senyum dalam kesusahan………. Kenapa pula susah,sedangkan RasulluLLAH boleh buat,mari saya buktikan dengan satu dalil.-
Diriawayatkan bahawa pada suatu hari Uyainah bin Hisn memasuki tempat RasulluLLAH SAW.Sementara dia termasuk dikalangan bangsa Arab yang beperangai kasar ,ketika Uyainah sudah sampai di hadapan baginda,maka baginda tersenyum kepadanya.Masalah ini telah disebutkan Aisyah RA.: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan baginda Nabi.Ketika baginda melihat orang itu dari jauh ,maka beliau bersabda, “Dia adalah seburuk-buruk saudara dalam kerabat dan anak dalam kerabat”.Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk,baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.**.
Ketika orang itu sudah pergi ,Aisyah berkata kepada baginda: “Wahai RasulluLLAH ketika melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu.Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati.”..Kemudia baginda bersabda “Wahai Aisyah,bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?.” (diriwayatkan Al-Bukhari)
Oleh itu saya berseru kepada sahabat semua orang khususnya umat Islam,MARILAH KITA KEMBALIKAN SUNNAH RASULLULLAH IAITU SENYUM YANG SUDAH LAMA HILANG DIWAJAH KITA..

0 comments:
Post a Comment